Walau dah lebih dua minggu balik, aku still tak percaya aku dah pun tido makan mandi kat Tokyo. Memang mimpi menjadi kenyataan. Memang tak sangka Uppa nak bawak kami ke Jepun. Bila di tanya kenapa nak bawak kami ke sana, dia cakap dia dengar dari dulu lagi aku nak sangat pegi Jepun...huuu..terharu...
*lepas ni kena gigih cakap hari-hari nak pi tempat lain la pulak...heeee*
So, kami book tiket masa Matta Fair Feb 2013, plan asal nk pi September masa birthday sultan tapi tak jadi atas nasihat
Kak Ayu- Lady Chenta...takde apa dah nak tengok katanya. So, decide pi Nov sebab nk fefeeling autumn in my heart gitewww....wakakaaaa...
Kami tiba di Narita airport jam 1840 waktu sana, terus amik bag dan cari arah nak naik Skyliner ke hotel kami di Ueno. Tak susah sebab semua signboard de English dan kami memang dah print siap-siap jadual tren. Kat airport ni jugak kami beli
JR Kanto Area Pass yang valid 3 hari. Harga 16,000yen untuk 2 pass. Kami tak amik JR pass pasal kami memang plan nk pi Tokyo sahaja. Tapi, sebenarnya tak beli pape pass pon takpe aku rasa. Beli tiket biasa je pon ok. Takde masalah. Yang ada cuma language barrier..wahahaha
Sampai di Ueno, keluar je dari stesen tu dah rasa sejuk. Aku suka pasal sejuk nyaman gitu. Cuma aku risaukan sultan jelah.Sebab dia baru je baik demam time tu.huhuuhu... Dari Ueno Station tu kami jalan kaki je ke hotel dan perjalanan kami takde la mencabar sangat. Alhamdulillah Allah permudahkan..
Hotel kami book dari Expedia. Mula-mula book kat Agoda hotel lain, then last minit kami tukar pasal Hotel Yamayuri (mula-mula book) ni kenakan charge 2,000yen pernite untuk sultan. Padahal masa book kat Agoda.com tu dah tulis child 0-1year tidak dikenakan charge if using existing bedding. Nasib baik call dulu.. Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan Chisun Hotel ni.Bilik air takde lah kecik sangat seperti yang saya dengar. Kecik lagi toilet rumah sewa saya kat Seksyen 7, Shah Alam dulu..hihi
Kami pergi ni takde amik pakej pape. Semua ikut plan sendiri. Satu, sebab mahal, kami bertiga je bukan satu group besar (kedekut sebenarnya, wahahahhaa). Kedua, sebab bawak budak kecik. Tak mau sultan terpaksa ikut jadual tour. Kena bagi dia tido cukup-cukup dulu before kuar jenjalan.Ketiga, sebab kami memang takmau ikut jadual. Nak ikut kepala sendiri je...heheheh
Ketiga-tiga benda ni memang kami bawak ke mana-mana. Sampai koyak-koyak lah map tuh...Tapi jangan risau, melambak kat hotel dan train station dorang. Memang senang walau de jugak tersesat, kuikui....
Dan saya study
Japan-guide ni jugak lepas dah book tiket. Gigih tak 9 bulan study pasal Tokyo? Tapi, tak sempat pegi semua tempat yang dah plan gak...huhuhu...
p/s: Terima kasih banyak2 buat kak ayu &
kak hanis atas info berguna dan sudi melayan macam-macam soalan saya..