Monday, October 10, 2011

Dubai Mall : At the Top Burj Khalifa



Assalamualaikum


Minggu lepas, kami ke Burj Khalifa...keluar pagi-pagi ingat terus dapat masuk...sampai Dubai Mall terus terjah kaunter At the Top, tengok tiket pagi sampai petang dah sold out...tinggal malam je...tak nak naik malam sebab nanti tak nampak sangat view dari atas sana....mesti nampak lampu-lampu je...Nak masuk terus boleh, tapi immediate ticket mahalnye Ya Rabbi...macam tak berbaloi.....so, kami decide tuk masuk on the next day....dapat tiket harga biasa dan naik waktu tengahari...

Beli tiket dapat sekali kad untuk teleskop dan chocodate sorang satu as souvenirs...40seconds rasanya leh guna teleskop tu, sekejap je kan...tapi teleskop tu cam canggih je aku rasa...leh pilih nak tengok day view, night view, historical view & now...so, sempat la kami main-main ngan teleskop tu sampai bosan (lupa snap pic, berebut nak guna teleskop, jakun...wahahhaa)...
sebab aku naik situ on summer, view sangat clear...uppa cakap kalau pi time winter maybe terhalang ngan awan....mesti lagi best kan?? terasa seperti di awang-awangan lah lau cmtu..hehehe =p















Let's experience being at the top of the highest building in the world..!!


 (^__^)




Replika Burj Khalifa sebelum masuk...
Nak enter building tu, kena scan cam kat airport lak...
Isk..isk...risau saya bawak bomb ke..? 




Travellator untuk ke elevator sebelum ke puncak..
Kat dinding tu cerita bergambar tentang sejarah Dubai
Dari padang pasir gersang hinggalah penuh ngan skyscrapers..
Cantik..!!




Kat sini makcik tu suh kita pandang atas melalui lubang bulat itu
Katanya bila tengok ikut situ, akan nampak puncak Burj Khalifa
Tapi, bila aku tengok, aku tak nampak pon..
uppa nampak pulak...
*wondering why...




Just before get into elevator..
Bengang telinga bila dah sampai atas..huhuhu
Lifnya tidak seperti yang kubayangkan..
(see through glass)
Tapi rupanya gelap dan penuh ngan simbol Burj
Punah harapan nak feeling ala-ala terbang...hehehe =p







Some nice views & memorable moments to share










Dubai's view from At The Top  =)




Sangat best duk atas ni
Once naik, leh lepak suka hati dan brape lame yang kita nak
Kami lepak lebih kurang dua jam kot
Tu pon sebab jumpa perempuan cantik sorang ni...
Lau tak, turun awal gak rasanya..hehehe





Ni dia perempuan cantik itu...


Leh nampak tak siapa dia...?
Pic taken ala-ala paparazzi..







This is Eva Longoria  =)
Gabrielle of Desperate Housewives
Punye la ramai orang escort dia..
bodyguards, her friends & Armani Hotel's staff
So, tak leh nak p dekat..




Even dia pon excited tengok Gold ATM itu






p/s : dah start packing nak balik...wuwuuwu...

Friday, October 7, 2011

Jumaat : Santapan Rohani


Assalamualaikum


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.




p/s : sharing is caring...email dari kawan =)

Thursday, October 6, 2011

Cerita pasal Gold & Silver


Assalamualaikum


Nak bercerita pasal perihal emas dan perak yang semakin mendapat tempat dihati warga dunia sekarang...sebabnya harga emas dan perak sekarang menjunam jatuh...so, ramai la yang nak membuat pelaburan...

gambar sekadar hiasan

Minggu lepas, ikut uppa jalan-jalan kat Deira...alang-alang dah sampai situ, uppa bawak pi Gold Souk...boleh dikatakan Gold Souk kat sini paling ramai pengunjung...macam-macam kedai emas ada...ada lebih kurang 250 kedai (info dari wiki)...pilih aje mane berkenan dihati...kami keluar masuk jugak kedai-kedai kat situ..nasib kat sini tak double standard..layan je kita walau kita selekeh macam mane pon...tu yang sonok, masuk try cincin, gelang cantik-cantik..keluar ngan tangan kosong jek..waakakaka...dapat la merasa pakai jap cincin bernilai puluh-puluh ribu...kekeekekee

Point sebenar nak btau, kat sini jugak de kedai emas or silver yang jual wholesale...sape-sape nak beli borong boleh la datang sini ye...kami sibuk-sibuk la nak masuk jugak kedai ni...kagum giler tengok...security tak ketat mane pon melainkan CCTV ada 3,4 bijik dalam kedai...emas & silver melambak-lambak...siap aku tanya uppa..semua ni original ke? sebab tak percaya tengok banyak sangat...dorang simpan emas-emas tu pulak dalam drawer gitu je....memang sini dorang tak risau sangat sal perompak or pencuri kot...

Kalau ada sesiapa berminat nak borong  gold or silver (nak buat belian runcit pon boleh...jangan risau...) Sila lah berkunjung ke Dubai, The City of Gold...Price? Ikut harga dunia....
*tetiba jadi duta dubai tak berbayar...tolong pomot..wakakakka