Assalamualaikum
Perjalanan kami ke Mount Fuji sebenarnya tidak dirancang dengan teliti sebelum kami bertolak. Just letak dalam itinerary kami tanpa buat ulangkaji perjalanan..hohoho...so, kami hanya berpandukan map train dan pamplets yang kami amik dihotel.
Hari perjalanan, lepas sarapan dan packing bekalan makanan. Kami ke JR Ueno station. Settle bertanya di Info Counter, kami gerak ke Fujisan...kami kena tukar beberapa tren jugaklah...dan seperti biasa kami turun di station yang salah...hehehe...tapi, takpe..pengalaman...
|
Kami turun di station ni..dah ada tulis Fujisan, ingat dah sampaila..heheheh |
|
Refer kat sini, dorang suruh kami naik bas. Tapi, tunggu punya tunggu, bas kami tak sampai2, or maybe kami dah terlepas sebenarnya...haru betul..bazir masa dalam setengah jam kat sini..aduii |
|
Then, masuk balik amik Fujikyu Commuter untuk ke station seterusnya. Train ni punye la bersih walau dah nampak berusia..Masa dalam train ni pon dah boleh nampak Fujisan, tapi amik gambar, reflect muka aku balik...huhu |
|
Tiba di Kawaguchiko Station yang comel ni...Kat sini beli tiket bas pulak nak ke Fujisan. Cuaca time ni agak sejuk, maka Sultan pon lena dalam kantung kanggaroo bapaknya..kuikui |
|
Tengah-tengah beratur tunggu bas, datang segerombolan tourists Jepun gak, siap bawak 'anak' nak pi view Fujisan...aduii..nasib baik tak satu bas ngan kami |
|
View yang sempat dicapture dari dalam bas. Kat sini memang daun-daun dah bertukar warna. Sangat cantik. Cuaca pon sejukkk |
|
Kami decide nak turun sini dan naik kabel car untuk view Fujisan |
|
Mount Kachi Kachi Ropeway |
|
View yang kami dapat sepanjang naik cable car. Sangat cantik dan SubhanAllah.... |
|
Di tempat rehat kat atas Mt Kachi Kachi. Fujisan ditutup awan. Pasal waktu ni dah sangat sejuk. Kami nak bergambar pon, pakcik kat situ suruh tunggu. Dia cakap once awan tu dah berlalu, dia panggil. Sempat la kami makan-makan dan explore sikit kawasan tu. Kat sini de kiosk jual makanan gak, bau punye la sedap...tapi, apakan daya..bekalan kami pon sedap juga...(ayat sedapkan hati..huihui) |
|
Fujisan sepatutnya berada betul-betul dalam bentuk love tu. Tapi, kami tak bernasib baik, Fujisan malu ngan kami...huhuhu
Menurut kepercayaan dorang, kalau bergambar disini dengan Fujisan dan bunyi kan loceng after bergambar, our love will be everlasting gitu. Orang kat kedai tu lah bagitau. Kalau kami salah tafsir maksud dia, ampunnn... Tapi, kami takde lak bunyi kan loceng tu, bukan kepercayaan kita pon kan... |
|
Mount Kachi Kachi ni ada cerita pasal rabbit & japanese raccoon. Nama Mount Kachi Kachi pon diambil sempena folk story between rabbit yang telah membakar dan tenggelamkan raccoon ni dalam sungai. Kira cam maskot tempat ni lah rabbit ngan raccoon ni.
Time ni sultan baru terjaga dari tido. Muka pon mamai lagi time nih..heheheh Bangun je, terus aktif lah dia nak explore macam-macam |
|
Kon jalan & tiang letrik tu dah mencacatkan view yang sangat cantik ni...
Masa tengah tunggu cable car nak turun, cuaca dan angin memang sangat sejuk, sultan lak pakai jaket jeans gitu je, sampai biru-biru lah bibir. Takut ibu & ayah, siap paksa-paksa lah dia untuk bf sebab nak transfer haba...tapi dia taknak, last-last masukkan dalam jaket ayah..hihi |
|
Autumn view, I love the color. Rasa cam taknak balik je..
Cafe ni memang comel, jual makanan bertemakan Fujisan. Masa kami baru nak order coffee, bas pon sampai.huhuh Tak sempat nak hilangkan sejuk.. |
|
View yang kami sempat capture before balik ke Kawaguchiko station dan terus ke Tokyo.
Kalau diberi peluang, kami nak ke Fuji Five Lakes lak. Masa memang sekejap sangat dan kami tak sempat jalan pon kat Kawaguchi Lake. Kami tiba di Tokyo pon dah lewat dan kedai kebab pon dah tutup,huhuhu...Penat dan lapar... Terpaksa beli nasi kosong kat Family Mart dan makan dengan bekalan kami.
** bila lah nak abes story pasal tokyo ni...kalau rasa nyampah bagitau ok?heheheh
|
tak nyampah pun.syok tengok gambar heheee
ReplyDeleteTq mama harriz..!!
Deletex nyampah pn dear
ReplyDeletecite la byk2 lg
xdpt pegi at least blh tgk ur vacation
mmg best la n view sgt cantek subhanaAllah :)
Tq ummi farisfarhan..!
ReplyDelete