....Assalamualaikum....
Pagi ni my collegues bercerita pasal benjolan yang de kat breast dia...Otak aku terus berfikir sal satu benda je..Breast Cancer..!!! Wahhh...Takut..Takut....Dia sangat risau sal benjol tu tapi takut mau jumpa doktor...haishh...macam mane nak tau lau tak mau check..? isk..[ aku baru tau October is Breast Cancer Awareness Month ]
So, sebab perasaan ingin tahu aku pon cari pasal breast cancer ni dalam tenet...This is what I got...simptom-simptomnye...aku translate la...senang nak bagi orang faham dan untuk rujukan aku gak nanti....
Antara simptom-simptomnya :
- kulit menjadi kasar
- wujud benjol keras
- kulit berkedut dan menjadi merah
- keluar cecair gelap atau darah dari nipple
Mulai dari sekarang...Jom kita mulakan PSP - [bukan sony psp ok, ni Pemeriksaan Sendiri Payudara.... =) ]
Kita boleh cuba 2 cara :
Berdiri di hadapan cermin
- Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
- Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
- Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
- Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala.
- Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara.
- Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting.
- Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka
Ok, selamat melakukan pemeriksaan sendiri...
Jyaa...!!!!
good info...
ReplyDelete