Assalamualaikum
Tahu tak kekacang ni sangat bagus sebagai kudapan....?? Bagi mereka yang tidak tahu..meh sini nak bagitau betapa bagusnya kekacang berbanding super ring, twisties, mister potato's tuh...
chestnut aka buah berangan
kulit luarnye ala2 rambutan albino..wakaka =p
Chestnut / buah berangan ni kebanyakan datang dari Shandong, China. Chestnut ni dijadikan makanan khusus untuk maharaja tau...Jangan tak tau, kita juga boleh makan ala-ala maharaja China..waahhhh.... Biasa kita tengok chestnut ni dibakar dengan kopi. Sebenarnya, macam-macam cara leh kita guna untuk menikmati buah berangan yang sedap lagi berlemak rasanya ini. Kita boleh panggang, boleh bakar, boleh rebus dan buah ini juga boleh dimakan mentah...tapi, pendapat aku lah, senang beli je kat mane-mane...senang, cepat dan mudah....[ ni gaya orang malas bercakaplah ni..heee]
Kebagusan chestnut ni pulak...tidak de kolestrol...!! dan juga mengandungi kandungan lemak yang rendah walaupun rasanya sangat lemak-lemak manis gitu...dan yang paling penting...chestnut adalah satu-satunya kacang yang de Vitamin C...so, jom makan banyak-banyak untuk cantikkan kulit.... =)
Almond aka badam
Almond adalah antara kacang yang popular untuk digabungkan dengan biskut, kek, roti dan juga aiskrim...sebabnya, rasanya yang sedap dan rangup-rangup gitu....Badam juga boleh dimakan mentah selain dibakar, dipanggang dan dikukus...Protein yang terkandung dalam kacang badam ni adalah melebihi 20 peratus yang ada pada bijirin lain..Bagi kanak-kanak, badam sangat bagus untuk tumbesaran mereka, membina tulang dan juga menguatkan gigi mereka...Jangan risau, ada jugak benefitnya untuk kita-kita ni...iaitu dapat menyihatkan jantung kita...
pistachios
Antara kacang yang best lagi mahal....tapi tak pe lah kalau khasiatnya tu banyak dan sangat penting untuk tubuh badan kita ni...Kalau nak tau, kacang ni mengandungi antioksida yang dapat melindungi sel dari bahan kimia berbahaya yang kita dapat dari makanan-makanan lain...Dalam erti kata lain, boleh mengurangkan risiko untuk mendapatkan kanser lah...bagus kan kacang ni...jom makan banyak-banyak... Kacang ini juga makanan orang-orang bangsawan Rom zaman dulu kala...[ mksudnya, kacang ni dari dulu lagi memang dah mahal]
So, lau nak bertukar kepada healthy lifestyle...jom kita mulakan dengan menukar kudapan kite dari junkfood tu kepada kekacang...
[ aku baru-baru nak mula healthy lifestyle nih..]
p/s : aku tulis sal kekacang bertiga ni sebab aku memang ngah suke makan ni sekarang... (^__^)
[thanx to uppa]
*info & pic dari google dan wikipedia