Monday, April 28, 2014

Hommock Seafood

Assalamualaikum



Pernah dengar nama makanan ni? First time makan. Uppa dah berpuluh kali dah makan kat thailand nuh cume first time jugak jumpa kt Malaysia katenya...

Yang kagum tu pasal mai bakor atas meja kami. Sultan lah over excited sampai terbakor tisu sekali...wahahah

Its actually seafood in eggs mixture. Tapi xtau camne cara dorang masak pasal gigih aku google resepi tak jumpa pong. Sedap, tapi pedas. Tak sesuai untuk sultan kecik kami. 

Kami makan ni kat Sukhumvit Garden Restaurant dekat MRR2 Gombak. Deco cantik dan sangat sesuai lah untuk semua.. Pasal de section2 gtu, untuk family, untuk lepak2, untuk dating sesuai sangat lah..kuikui

Gambar gelap (iphone je lak tu ;p) pasal lampu suram-suram gitu...kan dah cakap memang sesuai untuk datinggg..hihik

Sunday, February 16, 2014

Tokyo : Asakusa

Assalamualaikum


Last day, kami ke Asakusa. Nak jenjalan kat area Sensoji Temple yang semua orang duk sebut tu.  Tapi, plan sebenar nak cari souvenirs lah kat Nakamise Street.  Sebab dah jalan-jalan banyak tempat juga tapi susah bebenor nak jumpa souvenirs.  Kalau nak cari souvenirs cam FM, keychains, t-shirt jepun dan macam-macam jenis souvenirs, sinilah tempatnya.

Pagi kami sampai tu, hujan renyai...dan orang pon super ramai.  Kat pintu gerbang lak, dorang tengah duk polish dewa-dewa dorang.  Besar-besar patung dewa dorang ni..seram gak lah tengok wajah-wajah gerun tu..heeee

Nak masuk ke Sensoji Temple tu, memang kena lalu Nakamise Street ni dulu. Tapi, de jumpa warga kita cakap dorang pon pegi Sensoji tapi tak jumpa Nakamise Street untuk cari souvenirs.  Pelik gak la kami... 


Kami perasan, tanglung2 putih ni sangat banyak di Asakusa..


Pagoda, tutup on that day


Kat sini ada tertulis, kalau sentuh selipar jepun ni hajat akan tercapai gitulah..ampunn dah lupa...hehehhe
padan la kat hujung selipar ni dah macam lusuh sikit...



Ada sesiapa boleh tolong bgtau saya apa yang tertulis?



Kat sini tempat dorang buat hajat kot, pasal dorang reramai minum air kat sini 
dan campak syiling dalam kolam tu..


Sultan memang sangat seronok lah explore tempat ni..
sampai basah-basah la seluar asek terjatuh aje...



Nenek ni asek duk cakap kawaii...kawaiii kat sultan..
sempat la dia main kejar-kejar ngan sultan..heeee
She did ask me something, but faham2 jelah bila ayam itik berbicara...wakaka



Comel...dorang je kot yang pakai cenggini kat situ...







Kat sini jugak kami terserempak dengan bebudak Uni kita, tapi dah lupa lak uni mana...dorang buat lawatan sambil belajar.  Kagum jap kami sebab Uni kami dulu buat lawatan sambil belajar kat kilang cekelat je kot..dorang sampai Tokyo kauuu...

Thursday, February 6, 2014

Tokyo : Shibuya


Assalamualaikum













We went to Shibuya just to experience this famous crossing a.k.a Shibuya Crossing, Tokyo Scramble Crossing etc.  Its really fun walking with hundreds (or maybe thousands) of people to cross the road.  When the pedestrian traffic light turns green, pedestrians from all side of the roads will walking towards their direction at the same time. It's really exciting eventhough back in Msia we really hate being in crowds, but this place is an exception. We did it twice..! Such a memorable moment...heee

Some bloggers do mention to take a sip of coffee at Starbucks.  Get a seat near the window on the second floor and watch the pedestrians crossing the road. Unfortunately, we having Sultan in his stroller that day and we didnt find elevator too.  So, we went out and heading to Shibuya 109.



Wednesday, February 5, 2014

Sultan's Meal

Assalamualaikum

Lately, sultan makan sungguh banyak.  Alhamdulillah...badan semakin sedap digomol dan digigit ibu...hikhik

Ibu lak semakin hari semakin excited nak masak dan nak reka makanan untuk dia.  Tapi, biasanya kalau ibu yang terlebih excited sediakan makanan dia, dia punye response mesti biasa2 je...Kalau ibu buat makanan simple je, mesti dia beria-ria lak makan...saje je nak mainkan ibu ye...



              Cheesy Grilled Banana


                       Garlic Rice


Sunday, January 26, 2014

Tokyo : Mount Fuji

Assalamualaikum

Perjalanan kami ke Mount Fuji sebenarnya tidak dirancang dengan teliti sebelum kami bertolak.  Just letak dalam itinerary kami tanpa buat ulangkaji perjalanan..hohoho...so, kami hanya berpandukan map train dan pamplets yang kami amik dihotel.

Hari perjalanan, lepas sarapan dan packing bekalan makanan.  Kami ke JR Ueno station.  Settle bertanya di Info Counter, kami gerak ke Fujisan...kami kena tukar beberapa tren jugaklah...dan seperti biasa kami turun di station yang salah...hehehe...tapi, takpe..pengalaman...


Kami turun di station ni..dah ada tulis Fujisan, ingat dah sampaila..heheheh

Refer kat sini, dorang suruh kami naik bas.  Tapi, tunggu punya tunggu, bas kami tak sampai2, or maybe kami dah terlepas sebenarnya...haru betul..bazir masa dalam setengah jam kat sini..aduii

Then, masuk balik amik Fujikyu Commuter untuk ke station seterusnya.  Train ni punye la bersih walau dah nampak berusia..Masa dalam train ni pon dah boleh nampak Fujisan, tapi amik gambar, reflect muka aku balik...huhu

Tiba di Kawaguchiko Station yang comel ni...Kat sini beli tiket bas pulak nak ke Fujisan.  Cuaca time ni agak sejuk, maka Sultan pon lena dalam kantung kanggaroo bapaknya..kuikui

Tengah-tengah beratur tunggu bas, datang segerombolan tourists Jepun gak, siap bawak 'anak' nak pi view Fujisan...aduii..nasib baik tak satu bas ngan kami

View yang sempat dicapture dari dalam bas.  Kat sini memang daun-daun dah bertukar warna.  Sangat cantik.  Cuaca pon sejukkk

Kami decide nak turun sini dan naik kabel car untuk view Fujisan

Mount Kachi Kachi Ropeway




View yang kami dapat sepanjang naik cable car.  Sangat cantik dan SubhanAllah....


Di tempat rehat kat atas Mt Kachi Kachi.  Fujisan ditutup awan.  Pasal waktu ni dah sangat sejuk.  Kami nak bergambar pon, pakcik kat situ suruh tunggu. Dia cakap once awan tu dah berlalu, dia panggil.  Sempat la kami makan-makan dan explore sikit kawasan tu.  Kat sini de kiosk jual makanan gak, bau punye la sedap...tapi, apakan daya..bekalan kami pon sedap juga...(ayat sedapkan hati..huihui)

Fujisan sepatutnya berada betul-betul dalam bentuk love tu.  Tapi, kami tak bernasib baik, Fujisan malu ngan kami...huhuhu

Menurut kepercayaan dorang, kalau bergambar disini dengan Fujisan dan bunyi kan loceng after bergambar, our love will be everlasting gitu.
Orang kat kedai tu lah bagitau.  Kalau kami salah tafsir maksud dia, ampunnn...
Tapi, kami takde lak bunyi kan loceng tu, bukan kepercayaan kita pon kan...


Mount Kachi Kachi ni ada cerita pasal rabbit & japanese raccoon.  Nama Mount Kachi Kachi pon diambil sempena folk story between rabbit yang telah membakar dan tenggelamkan raccoon ni dalam sungai. Kira cam maskot tempat ni lah rabbit ngan raccoon ni.

Time ni sultan baru terjaga dari tido.  Muka pon mamai lagi time nih..heheheh
Bangun je, terus aktif lah dia nak explore macam-macam

Kon jalan & tiang letrik tu dah mencacatkan view yang sangat cantik ni...

Masa tengah tunggu cable car nak turun, cuaca dan angin memang sangat sejuk, sultan lak pakai jaket jeans gitu je, sampai biru-biru lah bibir.  Takut ibu & ayah, siap paksa-paksa lah dia untuk bf sebab nak transfer haba...tapi dia taknak, last-last masukkan dalam jaket ayah..hihi

Autumn view, I love the color. Rasa cam taknak balik je..

Cafe ni memang comel, jual makanan bertemakan Fujisan.  Masa kami baru nak order coffee, bas pon sampai.huhuh
Tak sempat nak hilangkan sejuk..



View yang kami sempat capture before balik ke Kawaguchiko station dan terus ke Tokyo.

Kalau diberi peluang, kami nak ke Fuji Five Lakes lak.  Masa memang sekejap sangat dan kami tak sempat jalan pon kat Kawaguchi Lake. Kami tiba di Tokyo pon dah lewat dan kedai kebab pon dah tutup,huhuhu...Penat dan lapar... Terpaksa beli nasi kosong kat Family Mart dan makan dengan bekalan kami.




** bila lah nak abes story pasal tokyo ni...kalau rasa nyampah bagitau ok?heheheh

Thursday, January 23, 2014

Throwback : Krabi Jan 2012



Assalamualaikum


















































































































Gemokkss nya saya masa ni...



Lepas pegi sini, baru saya tau saya tak berapa gemar aktiviti melibatkan air..penakut...!! 
because i can't swim...